Bila aku tak suka pada rasa makananku aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya
Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku
Bila aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya
Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya
Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu``
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku.. aku teringat pada Baginda Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & itu bagai cas positif yang menguatkan aku !```
Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah
Selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti
Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah Muhammad s.a.w
No comments:
Post a Comment