Friday, 24 February 2012

Mengapa Kita Membaca Al-Quran Walaupun Kita Tak Memahami Bahasa Arab

Ini adalah cerita yang sungguh indah.
Seorang rakyat Amerika yang sudah berusia dan beragama Islam tinggal di sebuah ladang di pergunungan timur Kentucky dengan cucuya yang masih kecil.
Setiap pagi Atuk akan duduk di meja didapur sambil membaca al-Quran. Cucu beliau mahu menjadi seperti datuknya dan cuba untuk meniru dalam setiap cara dia membaca yang dia boleh.
Satu hari, cucunya bertanya, "Atuk, saya cuba untuk membaca al-Quran seperti datuk tetapi saya tidak faham maksudnya dan apa yang saya tahu saya terlupa dengan cepat apabila saya menutup buku itu. Apa yang kebaikan membaca al-Quran tu?
Datuknya pun berpaling daripada meletakkan batu arang di dalam dapur dan menjawab soalan cucunya , "Nah ambil bakul arang batu ini dan bawa ke sungai dan bawa balik sebakul air. "Budak itu pun melakukan apa yang disuruh datuknya, malangnya semua air bocor keluar sebelum dia dapat kembali ke rumah.
Datuknya ketawa dan berkata, "Selepas ini, cucu ku kau mesti berlari dengan laju sedikit," kemudian dia menyuruh cucunya kembali ke sungai bersama dengan bakul untuk mencuba sekali lagi.
Kali ini budak lelaki itu berlari lebih laju lagi, tetapi malangnya sekali lagi bakul itu kosong sebelum dia sempat sampai kedalam rumah.
Cucunya memberitahu datuknya bahawa adalah mustahil untuk membawa air di dalam bakul tersebut, dan dia pergi untuk mendapatkan baldi lain sebagai ganti.
Lelaki tua itu berkata, "Saya tidak mahu satu baldi air tetapi saya hanya mahu bakul air. Anda   tidak cubadengan bersungguh - sungguh dan kali ini dia keluar dari rumah untuk melihat cucunya mencuba sekali lagi.
 
Pada masa itu, budak itu tahu ia adalah sesuatu yang mustahil, tetapi demi ingin menunjukkan kepada datuknya bahawa walaupun dia boleh berlari dengan  laju namun air tetap akan mengalir keluar sebelum dia dapat sampai kedalam rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi mencelupkan bakul ke dalam sungai dan berlari laju lagi, tetapi apabila dia sampai kepada datuknya bakul sekali lagi menjadi kosong. 
Dia berkata, "Lihat Atuk, ia adalah tidak berguna!".

"Jadi anda berfikir ia adalah sia-sia?"  Orang tua berkata, "Lihatlah bakul ini ." 
Budak itu melihat pada bakul dan untuk pertama kalinya dia menyedari bahawa bakul adalah berlainan kerana ia telah berubah dari sebuah bakul arang batu lama yang kotor dan kini telah menjadi bersih, luar dan dalam.
"Cucuku, itulah apa yang berlaku apabila anda membaca Al-Quran. Walaupun anda mungkin tidak memahami atau ingat  segala-galanya, tetapi apabila anda membacanya selalu, anda akan berubah, di dalam dan diluar.   
Itu adalah kerja Allah didalam kehidupan kita. "

Regards
Pak Teh

Pengemis Buta Yahudi Dan Rasulullah S.A.W.

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak
lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,
Wahai Anakku, apakah kebiasaan sahabatku Muhammad Rasulullah SAW yang belum
aku kerjakan lagi?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan
makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu.
Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil mengherdik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Kebiasaannya apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya
makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu.
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang
dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.
Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA,
dan kemudian berkata, Benarkah demikian?
Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya dan ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Moral

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita mencontohi kemuliaan akhlak Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niat untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlak,  semulia-mulia akhlak.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus peratus, alangkah
baiknya jika kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa
yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu...

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.


Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1.. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
pahala..

2.. Sumbangkan kursi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat pahala.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat pahala...

6. Memberi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid/surau.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat pahala...
dan banyak lagi....

Regards
Pak Teh

Thursday, 16 February 2012

Adik Ku Nur Annisa

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung.Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata
dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya "Ya Allah, kenalkan Annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya tak dapat dipastikan).Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami,timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah
keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya,"abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa,"kalau nak tau sangat,pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.

Sekembalinya dari rumah mereka,saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.Wajahnya yang tak pernah muram menjadi pucat lesi.Entah apa yang dah berlaku?Namun, selang dua hari kemudian,dia
minta ibu buatkan tudung.Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh.Lengan panjang pula tu.Saya sendiri jadi bingung.Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi
saya sendiri.Tak tinggal tahajudnya,baca Qur'annya, solat sunatnya.dan lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.Segala puji bagi Engkau Ya Allah! jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah.Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik disembuhkan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang.hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.saya berlari masuk ke dalam rumah.Saya lihat ibu menangis.Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.Dalam esak tangis, ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya".Air mata ini
tak dapat ditahan lagi.

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.
Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai.Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan.

..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abukhoiri.Disitu tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.Butirannya seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah.Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa : Tapi mak cik kan dah ada anak 6.tapi masih kelihatan cantik Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT.
Dan bila Allah SWT berkehendak?siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik.Selama ini ibu saya selalu meminta saya memakai tudung,tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai
tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai.sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Anisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki,segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan
dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia,sentiasalah lazimi lidah dengan zikrullah, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat,lindungi hidungmu
dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah
menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT,bila kamu sudah biasa,maka tudung yang kamu pakai akn menyinari hati
kamu.Itulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung.Mudah mudahan saya mampu pakai tudung.Tapi,bagaimanaana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat,bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan
amanlan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.Duhai nisa,ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan
dibangkitkan.ketika ditiup sangkakala yang kedua.pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun
tumbuhan,ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya,anak tidak mempedulikan ibunya,sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi,antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan betenggelam dirinya
akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan,ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka..belum pernah Allah SWT...

...belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.Duhai
Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung. . Allah SWT ...

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT ,wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.Semoga Allah SWT menerima Anissa disisiNya..Amin Ya Rabbal alamin.....


Sumber Cerita Tauladan

Regards
Pak Teh

Tuesday, 14 February 2012

Kisah Pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Moral:

Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.

Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa setiap tahun. Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua.

Sumber Cerita Tauladan

Regards,
Pak Teh

PINGGAN KAYU UNTUK AYAH

Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.

Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.

Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:"Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.

"Oh! Ya..." bisiknya.Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.

"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Esok bila ayah dan emak dah Tua bolehlah guna pinggan dan mangkuk nie.  Jadi bila Viva besar nanti, taklah susah sangat nak cari.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.

Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.


Moral:

Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita. Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!


Sumber Pengajaran Kisah tauladan.

Regards
Pak Teh

CERITA SEBAGAI RENUNGAN DAN PENGAJARAN

BEAUTIFUL ISLAM

A British man came to Sheikh and asked:   Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?
The Sheikh said:  Can you shake hands with Queen Elizabeth?
British man said:  Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh replied:    Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.


Then the British man asked the Sheikh:. Why do your girls cover up their body and hair?
The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed then He threw them(sweets) both on the dusty floor.
The Sheikh asked the British:  If I asked you to take one of the sweets which one will you choose?
The British replied:  Of course the covered one because it very clean.
The Sheikh said:  that’s how we treat and see our woman....

Sumber Zaharuddin.Net

Regard,
Pak Teh