Saturday, 29 November 2014

TRAVELOG 2014 UMRAH 5



 Hari ketiga di Madinah

 Bergambar di depan Masjid Quba
Didalam Masjid Quba

 Di Hadapan Bukit Uhud dimana peperangan Uhud berlaku
 Bukit Uhud
Ini adalah perkuburan Baqi' dimana ianya terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi..
Perkuburan ini menempatkan isteri Rasulluallah, sahabat - sahabat baginda dan anak baginda




TRAVELOG 2014 UMRAH 4

Hari kedua di Madinah...kami akan pergi bersolat di Masjid Nabawi ini setiap solat waktu termasuk solat Suboh..Nak pahala lebih kenalah berkorban lebih...takkan nak duduk dalam hotel jerr...

 Ini adalah mimbar tempat Rasulluallah memberikan khutbah...Mimbar ini pun bersebelahan kawasan raudhah..

 Ini pula dekat dengan mimbar utama..
 Tempat solat wanita...Di masjid Nabawi ini Wanita tidak boleh solat sesuka hati ....Wanita hanya dibenarkan solat dalam kawasan solat wanita ianya berbeza dengan Masjidil Haram di Mekah...Wanita boleh solat dimana - mana...
 Di Hadapan Hotel

 Ini gambar Omak mertua den...Gembira dia dapat ke Madinah ni...
 Di Hadapan Masjid Quba...cantik kan..
 Masjid Quba
 Kebun Kurma
Dibawah pokok Kurma...Pokok kurma ni sekali tengok macam pokok kelapa sawit daaa...

Sunday, 23 November 2014

TRAVELOG 2014 UMRAH 3

Assalamualaikum.. Hari ini masih lagi hari pertama di Madinah..Tak sabar dan rasa rindu untuk melawat makam Nabi Muhammad S.A.W...selepas solat subuh dalam pukul 8 pagi kami datang kembali ke Masjid Nabawi kerana biasa nya selepas solat Subuh ramai sangat orang yang nak melawat Makam Rasulluallah...

Jadi saya di beritahu oleh mutawif saya agar pergi pada pukul 8 pagi atau selepas jam 12 malam kerana sekarang ni masjid Nabawi dibuka 24 jam kecuali untuk kaum wanita....kaum lelaki takde hal..bila - bila masa pun boleh masuk...tapi di nasihat kan jangan pergi selepas solat waktu kerana ramai sangat orang.....sesak......

Keistimewaan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa

Masjid  yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;
Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.

Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut iaitu :-
Ertinya :
Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."
Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.

Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,
"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."
Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi ( di Madinah ) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi ) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa ( di Palestin ) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi ).

Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam  telah mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di dalamnya.
Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan  kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.




Gambar pintu masuk ke Masjid Nabawi

 Alhamdulilallah...tercapai hasrat melawat dan memberi salam kepada Nabi Muhammad S.A.W,
serta sahabat baginda iaitu Abu Bakar dan Umar Al khattab..
 Dari sebelah kiri tu adalah Makam Rasullulallah di sebelahnya makam Abu Bakar dan disebelahnya Makam Umar al - Khattab...
Sayu hati bila melawat makam Rasululallah...seperti perasaan rasulluallah masih hidup dan menjawap salam setiap umatnya walaupun mereka tidak mengenali rupa nabi mereka yang amat mereka sayangi ini......
Sedar dengan tidak...airmata mengalir kerana sedih tidak dapat berjumpa dengan kekasih allah ini.....

 Rasa macam nak masuk kedalam dan peluk kubur rasulluallah ni....sayu dan sebak hati ini....tapi pagar ini menghalang hasrat hati ini....Kaum wanita tidak dapat melalui kawasan ini hanya kaum lelaki saja yang dibenarkan lalu di depan makam rasulluallah....

 Ini adalah dalam kawasan raudhah, dimana segala doa akan dimakbulkan dan diangkat terus keatas tanpa ada halangan.
 Alhamdullilallah saya dapat menunaikan solat hajat dan solat taubat dalam kawasan ini, terlalu ramai sangat orang yang yang hendak solat dikawasan ini dan kawasan ini tidak besar kecil jer..tu yang sesak kawasan ini...
 Dinding yang warna hijau ini adalah Rumah Saidatina Aishah iaitu isteri Nabi Muhammad S.A.W....Sedih dan insaf saya dibuatnya rumah rasulluallah amat kecil saja...Sedangkan kita rumah yang kecil begini kita tidak berasa selesa dan merungut tapi lihat Rasulluallah hanya bersederhana dengan duduk rumah yang kecil ini....
 Dinding hijau ni adalah rumah Rasulluaallah..Dahulu rumah ini di luar kawasan masjid tetapi melalui pembesaran masjid Nabawi rumah ini telah masuk dalam kawasan masjid....

Saturday, 22 November 2014

TRAVELOG 2014 UMRAH 2

Hari ini adalah hari pertama (hari isnin) kami menjejaki bumi ambia di tempat Nabi Muhammad S.A.W di makamkan.. Umrah ini disertai oleh isteri dan ibu mertua saya.

Dari Jeddah ke Madinah dengan menaiki bas mengambil masa hampir 6 jam.

Kami tiba di Madinah hampir waktu Subuh dan kami sempat menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi iaitu Masjid Nabi Muhammad S.A.W.

Jarak dari Hotel kami ke Masjid dalam 200 meter saja...Tersangat lah dekat...kan bagus kalau dapat duduk di Madinah ini.  Terasa aman sekali seperti rasa dekat dengan Nabi kesayangan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
 Melepaskan penat di sofa Hotel
 Masjid Nabawi pada waktu Subuh


 Mutawif Kami sedang memberi penerangan









TRAVELOG 2014 UMRAH 1

Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan nikmat dan kurnianya hajat kami untuk menunaikan umrah tercapai setelah menempuh beberapa halangan seperti wabak MERS yang menyebabkan visa umrah tidak dapat dikeluarkan.

Rupanya ada hikmah disebalik kelewatan ini dimana kami dijemput untuk merasai berpuasa dibulan Ramadhan selama 4 hari dan 3 malam solat terawih di Mekah al Mukaramah syukur alhamdulillah amin.

Dan Pada Tanggal 22 Jun 2014 (Ahad)  kami bertolak ke Jeddah dengan menaiki penerbangan MAS.

 Berkumpul bersama - sama dengan jemaah daripada TCISB
 Berkumpul bersama sanak - saudara
 Bersama - sama anak - anak yang tercinta.

 Menaiki Tram di KLIA
 Dalam Kapal Terbang MAS
 Sedang santap makanan malam
 Nasi beriani tu...sedap...
 Di Lapangan Terbang Jeddah selepas melalui 8 jam penerbangan
 Gembira nampak dah sampai di Jeddah
 Sedang Berehat
Muka Penat....