Friday, 2 January 2015

TRAVELOG 2014 UMRAH 12

Keajaiban dan kebesaran tuhan....

Alkisah nya begini, Kucing cantik ini saya jumpa semasa solat maghrib di dalam Masjidil Haram didalam bulan puasa...selepas berbuka puasa saya mendirikan solat maghrib bersama - sama jemaah yang lain dan kebetulan saya duduk di saf tepi sekali serta di atas lantai (tiada carpet) jadi saya alaskan sejadah saya ini untuk bersolat...semasa rakaat kedua saya nampak 2 ekor kucing masuk dan terus kebelakang saf...
Tetapi nak dijadikan cerita kucing yang sekor ini berpatah balik lalu baring ditempat saya sujud...saya terpaksa kebelakang sedikit untuk sujud...selepas solat kucing ni masih tak berganjak lagi daripada sejadah saya lalu saya urutkan badan nya...tetapi terasa sedikit pelik kerana kucing ni macam kelihatan lain daripada kucing yang biasa saya nampak..Lalu saya pun mengambil gambar kucing ini....Tiada apa yang terjadi sehingga masuk solat Isyak barulah kucing ini beredar....
Setelah sampai di hotel saya melihat kembali gambar kucing tadi ....masyaallah besar sungguh kuasa allah...perasan tak kat badan kucing comel ini tertulis kalimah allah.....allahu akbar...

Lihat kalimah Allah tertulis di badan Kucing ini....





Ini ada jemaah indonesia yang mohon tumpang solat sunat di atas sejadah saya kerana katanya selama dia bekerja di Kota Mekah ini belum pernah dia melihat kucing seumpama ini...katanya mungkin jelmaan malaikat... 




TRAVELOG 2014 UMRAH 11

Hari terakhir di Mekah...Pagi ini kami kami kena buat tawaf wida iaitu tawaf selamat tinggal....sedih sungguh rasa hati ini kerana terpaksa meninggal kan kota suci ini.....Saya juga berdoa didepan Kaabah agar kami dan keluarga, adik beradik kami, ipar duai kami, sanak saudara kami , anak - anak buah kami, sahabat - sahabat kami, jiran - jiran kami akan dijemput kembali ke kota Suci Mekah ini...amin ya rabbbal alamin....

Pemandangan daripada tingkat atas masjid, kita boleh naik lif atau escalator tetapi kaum perempuan tidak dibenarkan naik hanya kaum lelaki sahaja.

Pemandangan daripada tingkat atas masjid

Pemandangan daripada tingkat atas masjid

Mataf

Didalam Masjid tingkat 1

Banyak burung merpati




Gambar mak mertua Den.....
Masjid Terapung di Jeddah

Pemandangan Laut Merah

Didalam Masjid Terapung Jeddah
Laut Merah

Airport Jeddah ...dah nak balik....semoga dapat datang lagi....

Selamat sampai di KLIA...bergambar bersama - sama jemaah yang pergi sekali dengan kami

TRAVELOG 2014 UMRAH 10

Hari ketiga di Mekah, cuaca amat panas hingga 42 darjah celcius....Cabaran bagi kami kerana hari ini kami telah mula berpuasa...alhamdulilallah allah masih sayang kan kami...sepanjang bulan puasa kami tidak mengalami penyakit dan dapat menunaikan ibadah puasa dengan tenang...Kami sempat juga makan daging kibas iaitu adik kepada kambing...sedap betul dimasak dengan nasi arab..memey terbaik daging kibas ini ...lembut macam kambing jugak lah rasanya....


Lorong menuju ke hotel saya...lorong ini banyak kedai makan disebelah nya adalah hotel Elaf Kinda





Masjid Taneem, tempat untuk berniat miqat sebelum membuat umrah..ini masjid yang paling dekat dengan kota Mekah...kita perlu bermiqat disini dulu baru boleh buat umrah....


Ini bukit Hiraq atau Gua Hiraq tempat Nabi Muhamad menerima wahyunya yang pertama..oleh kerana cuaca terlalu panas kami tak dibenarkan mendaki ke bukit ini almaklumlah bulan puasa tu.....


Dikawasan Mina tempat haji...

Di Belakang tu Bukit Jabal Rahmah iaitu tempat Nabi Adam dan Hawa bertemu semula di dunia setelah diperintah keluar daripada Syurga..


Bukit Jabal Rahmah
Ni Mak mertua den....

TRAVELOG 2014 UMRAH 9

Hari kedua di Mekah....

Setelah selesai solat Subuh saya dan isteri melakukan tawaf sunat...selesai tawaf sunat kami cuba untuk mencium hajar aswad ni tetapi memang sukar kerana terlalu ramai orang disitu..berkali kali kami cuba tetapi tak dapat lalu saya berdoa kepada allah agar memberi saya peluang untuk mencium batu ini.. Secara tiba - tiba ada 2 orang indonesia menghampiri saya nak ingin membantu saya untuk pergi ke tempat hajar aswad ini....setelah berhempas pulas selama 15 minit akhirnya saya berjaya mencium batu ini...alhamdulilallah syukur  kerana allah mengkabulkan doa saya....Perasaan ketika mencium batu ini sukar digambarkan dengan kata - kata..masyaallah indah sungguh ciptaan tuhan....

Ini adalah gambar batu Hajar Aswad ada tujuh biji kesemuanya...Batu ini turun daripada syurga dan dulunya berwarna putih tetapi sekarang sudah bertukar ke warna hitam kerana dosa - dosa manusia

Batu Hajar Aswad





 Kawasan Kaabah sedang dibersihkan

Tembok batu putih yang berbentuk U adalah kawasan Hijir Ismail dan ia adalah satu tempat yang mustajab untuk berdoa... alhamdulilallah saya dan isteri dapat solat sunat didalam kawasan ini walaupun tempat ini amat sesak dengan manusia...




 
 Jambatan 2 tingkat ini dimanakan mataf...pandangan daripada atas pada waktu subuh...