Monday, 16 January 2017
TRAVELOG HADYAI & SONGKLA, THAILAND 2013 - PART 1
PERCUTIAN KE HADYAI DAN SONGKLA THAILAND.
Alhamdulilallah dapat juga melihat negeri Thailand. Pergi naik Bas macam rombongan Cik Kiah..
Pergi dengan group Cik Isteri dan rakan2 kerjanya.
Macam biasa den maleh nak cerita..so mari layan gambar je lah...

UNTUK RENUNGAN BERSAMA
TERLENA
Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena
Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.
Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..
Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.
Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.
Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?
Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.
Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....
Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.
Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?
Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.
Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?
Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.
Al Marhum Prof Hamka

MENSYUKURI NIKMAT DARIPADA ALLAH
Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Peringatan untuk diriku sendiri dan saudaraku umat baginda nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi 😢

HIDUP HANYA SATU PERSINGAHAN
UNTUK RENUNGAN BERSAMA
SEORANG DEMI SEORANG
1. SEMASA ZAMAN REMAJA
Seorang demi seorang budak-budak kampung kita keluar meninggalkan kampung. Ada yang meninggalkan kampung kerana bersekolah dan tinggal di asrama. Ada yang menuntut di universiti dan ada yang mencari kerja di bandar. Sampai masanya kita pula mengikut giliran mereka yang terdahulu, meninggalkan kampung kerana menuntut ilmu atau mencari kerja.
2. SELEPAS TAMAT BELAJAR
Seorang demi seorang kawan-kawan kita memasuki alam pekerjaan di sektor awam atau swasta. Akhirnya tiba pula giliran kita mendapat pekerjaan dan dapat merasai nikmat makan gaji setelah sekian lama menganggur sambil mencari pekerjaan.
3. SELEPAS BEKERJA
Seorang demi seorang kawan-kawan kita menamatkan zaman bujang. Mereka berkahwin dan beranak pinak. Setelah tiba masanya, kita pula mengikut jejak mereka berkahwin dan seterusnya beranak pinak.
4. SETELAH LAMA BEKERJA
Seorang demi seorang kawan-kawan kita yang senior mula bersara. Kita pula sedang menghitung tahun, bulan, minggu dan hari untuk turut bersara seperti kawan-kawan kita yang telah bersara.
5. DITIMPA SAKIT
Seorang demi seorang, orang-orang yang sihat mulai kurang sedap badan dan ditimpa sakit. Mula-mula sakit ringan dan seterusnya semakin memberat dan semakin uzur sehingga menghampiri kematian. Nanti bila tiba masanya, kita yang sedang sihat tidak mustahil mengalami situasi yang sama dengan mereka yang diuji dengan kesakitan.
6. TIBA AJAL
Seorang demi seorang, Kawan2 kita yang hidup sama ada tua atau muda, sihat atau sakit pergi menghadap Ilahi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Akan tiba masanya nanti, kita yang sedang menikmati kehidupan di dunia ini turut akan dijemput oleh Allah untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
Kesimpulannya, setiap orang ada gilirannya untuk sesuatu perkara atau urusan sama ada giliran itu menyeronokkan, menyusahkan, menyedihkan, mahu, tidak mahu dan sebagainya. Kalau hari ini giliran orang lain, suatu hari nanti pasti giliran kita...
Nurkilan : Hidup Hanya Persinggahan...

Sunday, 1 January 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)