Sunday, 1 January 2017

MENGHAYATI MAKNA DAN AZAM TAHUN BARU KITA

1. Muhasabah

Bemulanya tahun baru adalah satu langkah untuk kita bemusabah dengan apa yang telah kita lakukan dan capai sepanjang tahun lalu. Apa yang kita perolehi, kegagalan dan juga pengajaran daripada semua kegagalan itu supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang. Begitu juga sekira tahun lepas merupakan sau tahun yang penuh dengan kejayaan anda, hendaklah kita ingatkan hati untuk menjadi seorang yang rendah diri dan beristiqamah untuk memperolehi kejayaan yang lebih besar pada tahun ini.

Sebenarya tidak susah untuk melakukan istiqamah atau “self evaluation” tapi malangnya majoriti dari kita tidak mengamalkanya. Contoh tokoh yang begitu tekun melakukan self evaluation ialah Saidina Umar yang melakukanya setiap hari. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti apakah amalan kebaikan dan kesalahan yang telah beliau lakukan sepanjang hari itu. Seandainya beliau melakukan dosa, Saidina Umar tidak teragak-agak menghukum dirinya sendiri.
Seandainya self evaluation tiada dalam kamus hidup anda pada tahun-tahun sebelum ini, belum terlambat untuk anda memulakannya pada awal tahun baru. Selamilah ke dalam diri dan kritiklah diri sendiri bertujuan meningkatan dan pemulihan sesuai sebagaimana tercatat di dalam al-Quran: “Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan dirinya” (al-sham, 9).

2. Modal

Apakah modal yang dimiliki oleh semua manusia? Tentulah masa sebagaimana yang dikatakan peribahasa Melayu , “masa itu adalah emas” atau hakikatnya masa lebih berharga dari itu kerana masa akan berlalu begitu saja dan tidak mungkin dapat dijual beli apatah lagi untuk ditebus. Maka anggaplah tahun 2016 sebagai satu ‘golden opportunity’ dan digunakan sebaik-baiknya bukan dibazirkan. Sebagaimana disebut di dalam al-Quran: “Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang beriman dan beramal soleh” (al-asr, 1-3). Sebagaimana ulasan yang diberi oleh Imam Shafie, sekiranya manusia memahami ayat ini dengan baik adalah cukup sebagai pembimbing ke arah ketaatan kepada Allah dan menjauhkan diri kita dari perbuatan yang sia-sia dan lalai.

3. Kematangan

Bertukarnya tahun akan datang bersama-sama dengan pentambahan umur kita. Secara logiknya semakin berusia manusia itu, ia akan menjadi lebih matang. Kematangan manusia boleh diukur dari aspek minda, sikap, emosi dan kerohanian. Kerohani akan membawa diri lebih dekat dengan Allah, lebih sensitif dalam soal keredaan dan kemurkaanNya. Dalam kata lain ialah kemampuan kita membina ‘spiritual intelligence’ da menjadi seorang yang beramal salih. Namun sebaliknya terdapat orang yang mempunyai umur senja tetapi tidak pada kematangannya- dari segi minda, sikap, emosi dan kerohanian. Contohnya emosi yang tidak stabil, sikap yang kasar, akal yang singkat dan kesukaran untuk orang lainm berurusan dengan mereka. Sekiranya kita terjumpa dengan insan begini, sebaik-baiknya kita berdoa semoga kita terlindung dari sifat ini dan mereka diberi hidayah untuk berubah. Peganglah pesanan Rasulullah: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula akhlaknya. Seburuk-buruk manusia pula ialah orang yang panjang umurnya, tetapi buruk amalannya” (Hadis riwayat Ahmad).

4. Hijrah

Hijrah nabi ialah meninggalkan tanah tumpah darah dari Kota Mekah ke Madinah sebagai satu jalan menyelamatkan pengikut-pengikutnya dari kekejaman kaum Quraisy dan sekaligus mencari tapak untuk mengembangkan syariat Islam. Itu kisah junjungan nabi kita, macam mana pula kita sebagai umat nabi? Tafsiran ulama menyatakan makna hijrah ialah ‘melakukan perubahan diri ke arah menjadi insan yang lebih baik, bermakna dan lebih diredai Allah’.
Hijrah hanya berlaku sekiranya ia disertakan sekali bersama-sama jihad. Jihad bermaksud berusaha bersungguh-sungguh, komited pada perubahan serta niat ikhlas bukan paksaan. Rasullullah SAW menyebutkan: “jihad yag paling sukar ialah jihad melawan nafsu, melawan diri sendiri dan nafsu amarah”. Jangan hairan kenapa keluaga kita masih tidak berubah kerana untuk mengubah diri sendiri pun susah apatah lagi orang lain.

5. Azam

Sama ada azam tahun lalu sudah tercapai atau tidak bukanlah satu isu untuk kita tidak menetapkan azam yang baru pada tahun ini. Tetapi perlu diingatkan bahawa azam yang ingin anda tetapkan mestilah bertitik tolak dari perancangan yang rapi dan realistik. Dari sini anda perlu bersungguh-sungguh melaksanakanya. Sebagai muslim, kita perlu sentiasa berusaha menjadi lebih baik daripada semalam, manakala kehidupan hari esok lebih baik dari hari ini. Sebagaimana hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan oleh AL Baihaqi bahawa Allah lebih suka kepada Muslim yang melakukan semua perkara secara sempurna dan sentiasa memperbaiki diri dan berusaha bersungguh-sungguh. Secara rasionalnya ialah keazaman kita untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

1.1 Pelaksanaan azam

Pertama:
Azam mestilah logik dan praktikal untuk dilakukan. Sesuatu yang boleh dicapai dengan peningkatan diri anda sedikit demi sedikit bukan secara mengejut. Sebagai contoh, anda berazam untuk mengkhatan al-Quran dalam masa sebulan. Sesuatu yang tidak mustahil baru sesetengah orang tetapi adalah sangat-sangat mencabar bagi mereka yang membaca al-Quran pun kadang-kadang. Namun tidak mustahil untuk anda lakukan sekiranya anda berazam untuk membaca satu muka surat al-Quran setiap kali selepas solat. Ini yang dinamakan lebih realistik untuk diamalkan.

Kedua:
Mempunyai perancangan bagaimana untuk mencapai azam itu. Sebagai contoh, anda membuat azam untuk menurunkan berat badan sebanyak 10kg. Hanya berazam tidak akan menurunkan berat anda tetapi aktiviti yang anda akan lakukan selepas itu yang menjadi penentu kejayaan azam anda. Rancangan anda seperti melakukan senaman selama 30 minit setiap hari atau mengubah amalan pemakanan anda kepada lebih sihat. Yang penting, pelan tindakan anda mestilah jelas dan teratur unrtuk anda ikuti. Pastikan anda mengikut pelan anda dengan berdisiplin.

Yang penting, azam mestilah datang dari kesedaran di dalam diri bukan hanya ucapan di bibir. Azam adalan matlamat yang menjadi impian seseorang bukan angan-angan Mat Jenin. Sempena kedatangan tahun baru ini, marilah kita berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik dan memberi manfaat kepada keluargsa, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Semoga dengan perubahan dan sumbangan kecil kita Insya Allah akan memberi impak yang besar pada orang lain.

Ujian
Sepotong ayat al-Quran yag bermaksud: “Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalanya. Dan Dialah (Allah) Maha perkasa lagi Maha pengampun” (al-mulk, 2). Ayat ini jelas menyatakan bahawa hidup ini adalah ujian untuk melihat sejauh mana amalan dan ketaatan kita kepada Allah, sikap kita dengan manusia, cara kita menguruskan segala kemudahan yang Allah berikan. Maka kita perlu menghadapi tahun ini sebagai satu ujian Allah dan hasilnya akan kita nampak di hujung tahun 2016 nanti.

Tahun 2016 adalah satu anugerah buat umat manusia yang masih lagi bernafas. Yang paling utama, tahun baru ini akan mendekatkan kita pada Allah kerana hanya Dia sahaja yang mampu memberi kebahagian hidup pada kita di dunia dan akhirat. Bwlum terlambat lagi untuk menghayati makna dan azam tahun baru. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk mengharungi tahun 2016 dengan jayanya.

Insya Allah.

copy paste drp blogger

No comments:

Post a Comment