Sunday, 9 September 2012

KISAH SI PENGEMIS

Tersebutlah kisah sepasang suami isteri yang sedang bersiap untuk menikmati hidangan ayam panggang di meja makan. Mereka hidup dalam kemewahan. Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk oleh seorang pengemis. Si isteri ingin memberinya makanan, akan tetapi suaminya pula mengherdik dan mengusir pengemis itu.

Tidak berapa lama kemudian, perniagaan si suami mengalami kerugian. Kekayaannya terus lenyap. Selain itu, dia juga bercerai dengan isterinya kerana perangainya yang buruk.Bekas isterinya nikah lagi dengan seorang lelaki yang baik perangainya dan serba cukup pendapatannya.

Suatu hari, wanita itu sedang bersiap untuk menikmati hidangan ayam panggang di meja makan bersama suami barunya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk oleh seorang pengemis.

“Tolong berikan makanan kita kepadanya,” kata si suami kepada isterinya.

Wanita itu mematuhi kata suaminya.

Ketika kembali, wanita itu menangis tersedu-sedu.

“Apa yang membuatmu menangis?” tanya suaminya.

“Pengemis tadi adalah bekas suamiku. Dahulu, kami juga pernah didatangi oleh pengemis ketika tengah menikmati hidangan, lalu ia mengherdik dan mengusir pengemis itu. Sekarang, ternyata dia pula yang menjadi pengemis.”

Suaminya berkata lembut, “Tahukah engkau, pengemis yang dulu diusirnya itu adalah aku.”

Moral - Janganlah kita bersikap kedekut antara sesama manusia terutamanya kepada orang - orang yang lebih susah atau miskin kerana dengan bersedekah rezeki kita akan bertambah dan juga dapat memanjangkan umur kita...


Regard,
Pak Teh

Sumber Blog teh secawan

DOSA MENINGGALKAN SOLAT FARDU

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Asar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Maghrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isyak : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.


Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Regard,
Pak Teh


Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia sering risau kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.
Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku bersiap solat dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh cermat dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku fahami maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Tatkala Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Regard,
Pak Teh

Sumber Blog teh secawan

Monday, 3 September 2012

5 LANGKAH ASAS BAGAIMANA MENANGANI MASALAH

Apa dia masalah? Masalah adalah situasi yang tak Anda ingini. Masalah adalah situasi yang berlaku diluar jangkaan Anda, diluar perancangan Anda. Ada bermacam sebab kenapa masalah terjadi, sebab paling utama adalah kesilapan. Anda silap dalam bertindak, maka berlakulah masalah. Anda silap dalam menetapkan matlamat, maka terjadilah masalah. Anda silap dalam memikir – Anda berfikir negatif, kesannya minda separa sedar Anda kerap menarik masalah. Akhirnya hidup Anda tak pernah serik dari dilanda masalah. Lepas satu masalah, datang lagi satu masalah!

5 tips asas bagaimana untuk menangani masalah.

1. Fahami sebabnya
Kenapa masalah muncul? Masalah berpunca dari kesilapan Anda – kesilapan dalam bertindak, kesilapan dalam berfikir, kesilapan dalam berniat, kesilapan memasang matlamat, kesilapan berimaginasi. Masalah situasi yang tak Anda ingini. Anda tak akan dapat elak. Untuk menangani masalah dari peringkat asas, fahami dulu sebabnya. Sebab apa masalah muncul? Ia berlaku sebagai cara untuk menunjuk Anda cara yang betul. Masalah dimunculkan untuk Anda nampak langkah yang betul. Dalam perspektif lain, Tuhan menurunkan masalah pada Anda sebagai balasan kepada perbuatan Anda, mungkin Anda ada buat dosa tanpa pernah meminta ampun.

2. Gali kepositifan disebalik masalah.
Setiap yang berlaku, pasti ada kebaikan tersirat di dalamnya. Masalah berlaku semata-mata untuk membuat Anda berubah. Jangan menyerah pada masalah. Jika Anda dilanda masalah, cari apa yang baiknya masalah tu. Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kekurangan duit, kebaikannya, Anda akan terdorong untuk rajin bekerja atau berniaga supaya Anda berduit. Kenapa perlu gali kepositifan disebalik masalah? Supaya Anda nampak jalan keluar dari masalah, bukan buntu sebab dilanda masalah.

3. Optimis masalah tu boleh selesai.
Optimis adalah sikap dimana Anda yakin apa yang Anda usahakan boleh berhasil. Anda nampak di mana jalan keluar, Anda dapat rasakan apa yang Anda buat boleh mendatangkan kesan selagi Anda terus berusaha. Makin berusaha, makin nampak kesannya. Dalam menangani masalah, Anda perlu optimis. Anda perlu hadirkan rasa yakin bahawa masalah Anda boleh selesai. Setelah menggali hikmah di sebalik masalah (kepositifan) Anda perlu hadirkan rasa yakin masalah Anda boleh selesai, janji teruskan berusaha hingga masalah berjaya diselesaikan sepenuhnya.

4. Fikir penyelesaian, bukan bebanan.
Inilah aspek terpenting bagaimana menangani masalah. Fikirlah penyelesaian masalah, bukan memikir bebanan masalah. Jika Anda dilanda masalah secara tiba-tiba, terus fikir bagaimana menyelesaikannya. Elak merasa terbeban oleh masalah, elak berkata tentang masalah Anda. Meluah masalah tu boleh, tapi jangan amalkan kerana asyik meluah akan menyebabkan Anda tak nampak jalan keluar dari masalah melainkan Anda meminta pendapat bagaimana menyelesaikan masalah. Fikir penyelesaian masalah, Anda kena bercakap dan berbincangan mengenai penyelesaian masalah. Hati Anda kena yakin Anda kini menuju kepada penyelesaian masalah, bukan berlegar-legar di dalam masalah. Seperkara lagi kita tidak boleh mentransferkan masalah kita kepada orang lain kerana belum tentu dia mampu menyelesaikan masalah kita kerana orang lain juga mempunyai masalah tersendiri.   Perlu dingatkan disini bahawa sekiranya kita tak mampu menyelesaikan masalah belum tentu orang yang kita transferkan masalah kita dapat menyelesaikannya.   Sebaiknya kita kaji punca masalah dan cuba menyelesaikannya sendiri itu yang lebih baik.

5. Tulis, buat, lihat prestasi.
Setelah Anda memikir jalan penyelesaian masalah, langkah seterusnya, tuliskan penyelesaian-penyelesaian itu. Kenapa? Sebab Anda perlu mengingatkan diri sendiri bahawa Anda sedang berusaha menyelesaikan masalah. Cara ini akan membuat Anda dapat mengelak dari merasa terbeban oleh masalah, sebaliknya mendidik minda Anda supaya memfokus pada usaha menyelesaikan masalah. Tulis penyelesaian masalah yang Anda boleh fikir, buat apa yang Anda fikir tadi, pastu lihat perkembangannya cemana. Kaji, adakah Anda nampak masalah Anda makin boleh diselesaikan atau makin bertambah?

6. Bertindak, bertindak, bertindak.
Kereta tak bergerak apabila minyaknya tak ada. Sepiring mee kari segera Maggi tak sedap di makan apabila rempah karinya tak ada. Duit tak akan ada bila Anda tak ada kerja. Begitu jugalah dengan masalah. Masalah tak akan selesai bila Anda tak bertindak. Selesaikan masalah. Elak hanya merasa terbeban oleh masalah. Sebaik-baik cara menangani masalah adalah dengan bertindak menyelesaikannya.

“The future depends on what we do in the present. – Mahatma Gandhi”
Masa depan Anda bergantung pada apa yang Anda lakukan pada masa kini. Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Bersenang-senang dulu, biasanya Anda akan sakit kemudian!
Untuk membina masa depan yang lebih cerah, mulakan langkah mengubah hidup mulai hari ini juga. Berubahlah kerana Anda mahu membina masa depan lebih bahagia, lebih gembira, lebih berjaya. Biar susah sekarang supaya Anda senang di kemudian hari. Lupakan dulu bermalas-malasan. Sibukkan diri mengejar impian dan kejayaan!

Sumber : imotivasi

5 JENIS RACUN DAN PENAWARNYA

1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

SATU PERINGATAN BUAT SEMUA

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI  :

1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca
Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur
                                    Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

19 PERKARA MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan
baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan
orang yang takutkan
Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka, barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya. "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga
sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
"Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah
sebenarnya yang
membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu
sebab mengapa Nabi
meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih
rendah.