Friday, 26 December 2014

TRAVELOG 2014 UMRAH 8

Hari pertama di Mekah, alhamdulilallah kami sampai dalam pukul 9.00 malam dan terus melakukan ibadah umrah.

 Dihadapan Pintu utama King Abdul Aziz....cantikkan ...ku lihat hijau...

Selepas kami melakukan tawaf, kami melakukan saie ni adalah tempat bermula saie iaitu dibukit Safa..sejuk betul didalam ni..aircond tempat ni kuat....Tempat Saie ni pun ada 2 tingkat..ini tingkat yang bawah dan boleh nampak bukit..kalau tempat saie yang diatas tu tak nampat bukit..rata jer lantainya...

 Ramaikan tapi jangan risau allah akan permudahkan segala urusan kita disana...

 Tempat lampu yang berwarna hijau ini ...kaum lelaki perlu berlari lari anak..

 Setelah selesai membuat saie





Di belakang tu adalah batu bukit Safa...dulunya bukitlah sekarang dah diratakan...


Batu yang saya duduk ini adalah batu bukit Marwah


Di kedai Gunting rambut...10 riyal harga potong rambut kat sini


Monday, 22 December 2014

TRAVELOG 2014 UMRAH 7

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.

Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang untuk pergi mengajak manusia kepada Allah ke Palestin. Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya.

Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., maka air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah. Makkah juga merupakan tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. hidup dalam kalangan masyarakat yang menyembah berhala tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim a.s.

Satu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. yang ketika itu berumur 40 tahun sedang berada di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah s.w.t. Wahyu itu memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Makkah. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Makkah tetapi kebanyakkan mereka menentangnya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Ini adalah gambaran Kota Mekah selepas ini....sekarang kota Mekah sibuk dengan pembinaan Hotel - hotel baru... Banyak hotel - hotel lama telah di robohkan ...






 Pintu Masuk King Abdul Aziz


Pancaran cahaya daripada atas Menara Jam Besar Kota Mekah



TRAVELOG 2014 UMRAH 6

Hari ini adalah hari terakhir berada di Madinah....Sedih dan pilu hendak meninggalkan Rasululallah s.a.w......Selepas Solat Subuh tadi buat lawatan terakhir ke Makam Rasululallah dan berdoa agar kami semua dijemput kembali pada tahun hadapan.....

Bergambar dihadapan Hotel
 Didalam Bas untuk menuju ke Masjid Bir Ali untuk bermiqat siap pakai ihram senang sikit...

 Masjid Bir Ali tempat bermiqat sebelum sampai ke Mekah...Perjalanan ke Mekah mengambil masa  6 -7 jam bergantung kepada Pemandu Bas dan jalan raya
 Dalam Masjid Bir Ali




Saturday, 29 November 2014

TRAVELOG 2014 UMRAH 5



 Hari ketiga di Madinah

 Bergambar di depan Masjid Quba
Didalam Masjid Quba

 Di Hadapan Bukit Uhud dimana peperangan Uhud berlaku
 Bukit Uhud
Ini adalah perkuburan Baqi' dimana ianya terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi..
Perkuburan ini menempatkan isteri Rasulluallah, sahabat - sahabat baginda dan anak baginda




TRAVELOG 2014 UMRAH 4

Hari kedua di Madinah...kami akan pergi bersolat di Masjid Nabawi ini setiap solat waktu termasuk solat Suboh..Nak pahala lebih kenalah berkorban lebih...takkan nak duduk dalam hotel jerr...

 Ini adalah mimbar tempat Rasulluallah memberikan khutbah...Mimbar ini pun bersebelahan kawasan raudhah..

 Ini pula dekat dengan mimbar utama..
 Tempat solat wanita...Di masjid Nabawi ini Wanita tidak boleh solat sesuka hati ....Wanita hanya dibenarkan solat dalam kawasan solat wanita ianya berbeza dengan Masjidil Haram di Mekah...Wanita boleh solat dimana - mana...
 Di Hadapan Hotel

 Ini gambar Omak mertua den...Gembira dia dapat ke Madinah ni...
 Di Hadapan Masjid Quba...cantik kan..
 Masjid Quba
 Kebun Kurma
Dibawah pokok Kurma...Pokok kurma ni sekali tengok macam pokok kelapa sawit daaa...