Monday, 22 December 2014

TRAVELOG 2014 UMRAH 7

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.

Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang untuk pergi mengajak manusia kepada Allah ke Palestin. Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya.

Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., maka air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah. Makkah juga merupakan tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. hidup dalam kalangan masyarakat yang menyembah berhala tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim a.s.

Satu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. yang ketika itu berumur 40 tahun sedang berada di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah s.w.t. Wahyu itu memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Makkah. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Makkah tetapi kebanyakkan mereka menentangnya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Ini adalah gambaran Kota Mekah selepas ini....sekarang kota Mekah sibuk dengan pembinaan Hotel - hotel baru... Banyak hotel - hotel lama telah di robohkan ...






 Pintu Masuk King Abdul Aziz


Pancaran cahaya daripada atas Menara Jam Besar Kota Mekah



No comments:

Post a Comment