Hari ini adalah hari pertama (hari isnin) kami menjejaki bumi ambia di tempat Nabi Muhammad S.A.W di makamkan.. Umrah ini disertai oleh isteri dan ibu mertua saya.
Dari Jeddah ke Madinah dengan menaiki bas mengambil masa hampir 6 jam.
Kami tiba di Madinah hampir waktu Subuh dan kami sempat menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi iaitu Masjid Nabi Muhammad S.A.W.
Jarak dari Hotel kami ke Masjid dalam 200 meter saja...Tersangat lah dekat...kan bagus kalau dapat duduk di Madinah ini. Terasa aman sekali seperti rasa dekat dengan Nabi kesayangan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Melepaskan penat di sofa Hotel
Masjid Nabawi pada waktu Subuh
Mutawif Kami sedang memberi penerangan




No comments:
Post a Comment