Sunday, 29 January 2012

Majlis BBQ Di Rumah Baru Pak Lang & Mak Lang Di Bukit Jalil

Assalammualaikum,

Ini adalah majlis BBQ di rumah baru Pak lang & Mak Lang di Bukit Jalil sempena cuti raya cina. Semua ahli keluarga telah dijemput. 

Majlis ini telah di adakan pada 21hb Januari 2012, ianya bertujuan untuk merapatkan tali silaturrahim diantara semua anak, menantu dan cucu - cucu Mak Minah.   Antara jemputan yang telah hadir terdiri daripada Nenek Minah, Tok Busu Jani, Pak Long & Mak Long, Mak Ngah, Pak Teh & Mak Teh dan semua anak - anak buah.

Di Majlis ini juga, Mak Lang telah berbesar hati untuk memberikan sedikit angpow kepada semua anak - anak buahnya yang hadir
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga Pak Lang dan Mak Lang kerana sudi menjemput kami semua kerumahnya.   Adalah diharapkan majlis seumpama ini dapat diadakan lagi bagi mengeratkan hubungan sesama keluarga.  Bak kata pepatah karam singh walia.....Air yang dicincang tak kan putus......

Hadith Menghubungkan tali silaturrahim


Menghubungkan tali silaturrahim adalah termasuk dalam perkara yang amat penting dan ianya merupakan salah satu tuntutan syariat yang harus mendapat perhatian utama dari umat Islam. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu bapa adalah sebahagian daripada cara berbuat amal untuk keduanya yang telah meninggal dunia.
Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda :


 "Sesungguhnya sebaik - baik kebajikan adalah seseorang itu menghubungkan silaturrahim dengan orang yang dikasihi bapanya".
(Riwayat Muslim)








Regards
Pak Teh


No comments:

Post a Comment